Salawati Zainuddin

Tuesday, 6 August 2013

REBAT 20 PERATUS KEPADA PENGGUNA PLUS SEMPENA RAYA DAN MERDEKA 2013

Pihak PLUS telah mengumumkan rebat 20 peratus sempena sambutan Raya dan Merdeka.

Berita baik kepada pengguna PLUS bakal mendapat rebat 20 peratus bermula 5, 6, 14, 15 dan 31 Ogos. Semua pengguna yang mengunakan sistem tol elektronik bakal menikmati potongan rebat ini.


Rebat tol diberikan kepada semua pengguna PLUS yang mengunakan kad PLUSMiles, kad Touch ‘n Go atau SmartTAG ketika membayar tol di lebuh raya kendalian PLUS. Ia mengalakkan pengguna mula perjalanan di luar waktu puncak untuk balik kampung awal sekali gus dapat mengurangkan kesesakkan jumlah kereta di lebuh raya PLUS dan pada sama mengalakkan penggunaan sistem bayaran elektronik ternyata lebih mudah dan pantas.
Bagi pengguna tol di Plaza Tol Tanjung Kupang, Bukit Kayu Hitam, Bangunan Sultan Iskandar dan jambatan Pulau Pinang tidak termaktub mendapat kelebihan rebat 20 peratus ini.
Pihak telah mengeluarkan jadual candangan waktu perjalanan sempena Hari Raya dan Hari Kemerdekaan.

Love
SALAWATI ZAINUDDIN

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...