Salawati Zainuddin

Thursday, 1 August 2013

3 OGOS CUTI SEKOLAH BERMULA SEMPERNA AIDILFITRI 2013


Assalamualaikum..

Kemeriahan sambutan Aidilfitri telahpun mula dirasai.. Mana-mana pusat membeli-belah telah menerima peningkatan pengunjung semakin dekat dengan Aidilfitri..
Pada tahun ini, cuti sekolah semperna Aidilfitri agak lama juga lebih kurang dua minggu. Sambutan Aidilfitri yang dijangka akan jatuh pada 8-9 Ogos iaitu pada hari Khamis dan Jumaat. Ini bermakna cuti persekolahan akan bermula dari 3 Ogos sehingga 18 Ogos.

Cuti persekolahan akan bermula dari 3 Ogos bagi negeri yang hujung minggunya adalah Sabtu dan Ahad. Manakala bagi negeri yang hujung minggunya adalah hari Jumaat dan Sabtu, cuti persekolahan bermula dari 2 Ogos. Sebanyak 2 cuti diberikan iaitu cuti peristiwa dan cuti ganti.
Diharap maklumat yang diberikan ini dapat membantu kawan-kawan untuk merancang cuti raya Aidilfitri pada tahun ini.

Love

Salawati Zainuddin


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...