Salawati Zainuddin

Monday, 29 July 2013

DEKORASI BAJET AIDILFITRI 2013

Assalamualaikum..

Diam tak diam dah masuk hari ke 20 Ramadhan maknanya tinggal sembilan hari lagi kita berada di bualan yang mulia ini… sedih rasanya Ramadhan tahun ini berlalu dengan cepat sekali..
Tentu kawan-kawan sekarang sibuk menghiasi rumah untuk menyambut Hari Raya Aidil Adha bukan?? Sebenarnya menarik atau tidak dekorasi rumah kita tidak bergantung pada harganya tetapi kelainan terhadap dekorasi akan menjadikan rumah kediaman kita nampak lebih menarik.. Betul tak??
Kali ini Sal nak share sedikit tips bagi dekorasi bajet semperna Aidilfitri.. Bagi dekorasi bajet nie, kita hanya perlu membuat sedikit perubahan kepada dekorasi rumah kita untuk menampakkan kelainan. Oleh itu, rumah kita akan menjadi lebih menarik bukan sahaja di mata kita malah pada tetamu yang hadir.

Dekorasi Aidilfitri bersama Ikea
Ikea yang terkenal dengan kelengkapan rumah berciri moden dan unik telah menganjurkan promosi Aidilfitri.. Rebate 20% terhadap fabric hiasan sofa malah ada banyak lagi promosi yang ditawarkan oleh Ikea semperna Aidilfitri 2013 ini.. Anda boleh klik sini untuk keterangan lanjut. – Promosi Tekstil

barangan perhiasan rumah bajet di ikea

barangan perhiasan rumah bajet di ikea

barangan perhiasan rumah bajet di ikea

barangan perhiasan rumah bajet di ikea


Dekorasi Bajet Aidilfitri bersama DELIMA Home
Untuk makluman kawan-kawan, DELIMA Home ini merupakan satu hub interaktif untuk kelengkapan rumah.. Berkonsepkan secara online, Delima HOME menawarkan pelbagai area kelengkapan rumah. Daripada perabot, dekorasi dalaman dan luaran, bilik tidur mahupun dapur semuanya boleh didapati di sini.
Di Delima HOME,pelbagai gaya dan inspirasi yang boleh disuai padan dengan ruangan kediaman kawan-kawan. Harga yang ditawarkan juga berpatutan dan Delima HOME juga tidak ketinggalan menawarkan Promosi Aidilfitri. Anda boleh klik sini untuk keterangan lanjut. – DelimaHOME
barangan perhiasan rumah bajet di delima home

barangan perhiasan rumah bajet di delima home

barangan perhiasan rumah bajet di delima home


Tips termudah untuk rumah kita diberikan nafas baru adalah memberikan sentuhan dekorasi berbeza pada fabrik. Kawan-kawan  tak perlu tukar sofa baru, atau TV baru atau kabinet baru ... Semuanya itu guna kos mahal.  Lainlah anda ada sumber pendapatan sampingan yang boleh cover semua tu.  Dengan hanya tukar fabrik dalam rumah, in Sha Allah, akan timbul seri luar biasa (dari hari biasa) di rumah.

Kesimpulannya, dekorasi Aidilfitri yang terbaik bukan terletak pada mahal atau murah tetapi bagaimana kita menggunakan bajet yang sedia ada dengan bijak iaitu memberikan sedikit  kelainan kepada dekorasi rumah kita.

Sal harap tips bagi Dekorasi Bajet Aidilfitri ini dapat memberikan panduan kepada rakan-rakan.

Love
SALAWATI ZAINUDDIN 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...